Sunday, 29 December 2013

Peralatan Memasak (Kitchenware)

Assalamu Alaikum,

Sesiapa berminat untuk membeli peralatan memasak (kitchenware) seperti di bawah, boleh hubungi saya melalui emel ehhnak_rasa@yahoo.com

1. PIZZA PAN

  •  Jenis non stick
  • 3 saiz, 26cm, 30cm dan 32 cm
  • Sekiranya beli 3 saiz tersebut (1 set) , harga istimewa akan diberikan 


2. ACUAN KEK BULAT (ROUND CAKE SPRING FORM)

  •  Jenis non stick
  • Boleh diasingkan daripada base
  • 3 saiz, 23cm, 25cm dan 27 cm
  • Sekiranya beli 3 saiz tersebut (1 set) , harga istimewa akan diberikan




3. SUDU PENYUKAT (MEASURING SPOON)



4. SPATULA PLATIK (BESAR)

Panjang 35 cm



Boleh hubungi saya melalui emel ehhnak_rasa@yahoo.com

Saturday, 28 December 2013

Aneka Cawan Kek (Baking/Muffin Cup)

Assalamu Alaikum,

Saya ada mempunyai beberapa jenis cawan kek/muffin untuk dijual.  Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya melalui emel ehhnak_rasa@yahoo.com

1.Jenis kertas 4 segi (min.order 50 pcs)

Angry Birds
Biru bintik putih

2.  Jenis laminate bulat, saiz 4cm (min. order 50 pcs)

 
corak love
Oren bintik putih
3.  Jenis laminate bulat, saiz 3cm (min. order 50 pcs tapi boleh campur campur)

Corak bunga sekuntum sekuntum
Corak bunga menjalar





Polka dot hitam putih
Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya melalui emel ehhnak_rasa@yahoo.com
TQ


Aiskrim Comel

Assalamu Alaikum,

Anak anak saya amat gemar makan aiskrim dan saya rasa hampir semua kanak-kanak pun begitu.  Selalunya mereka tidak berkira sangat dari segi jenis aiskrim dan perisa.  Aiskrim ala malaysia, guna jus biasapun mereka tidak kisah, yang penting sejukkk.  Oleh kerana di rumah ada acuan aiskrim, maka mudah kerja saya.  Saya minta mereka tuang jus dalam acuan comel tersebut dan masukkan ke dalam peti ais. Macam hari tu ada jus oren Tropica Twister, maka mereka pun buat guna jus tersebut.

Di rumah saya memang ada tersedia 3 set acuan aiskrim.  Saya membelinya untuk memudahkan kerja saya, selain tertarik dengan rupanya yang comel.  Kalau buat aiskrim dalam acuan aiskrim malaysia yang plastik putih panjang tu,  alamat banyak yang tumpah daripada masuk plastik jika anak-anak yang buat.  Akhirnya saya yang kena buat juga.  Jadi acuan aiskrim ini penyelesaiannya.


Nota Kaki: Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan acuan aiskrim seperti di atas, tetapi sukar memperolehnya di kedai kedai berhampiran, In sya Allah saya boleh membantu anda memilikinya. Sila emel kepada ehhnak_rasa@yahoo.com dan sila klik label Kedai MBK untuk melihat produk lain.


Aneka Acuan (Mould)

Assalamu Alaikum,


Siapa yang berminat untuk mendapatkan barangan berikut boleh emel kepada ehhnak_rasa@yahoo.com (selagi stok masih ada):


ACUAN AGAR-AGAR (JELLY MOULD)

1. Bentuk campur-campur - (ikan, bunga, daun dan kulit kerang)


2. Bentuk huruf dan nombor


3. Bentuk binatang (hippo, singa dan beruang)


 ACUAN AISKRIM (ICE CREAM MAKER)



ACUAN BISKUT (COOKIE CUTTER)

Saiz agak besar, iaitu lebih kurang 2.5 inci untuk setiap acuan



ACUAN ROTI JALA

Jenis lubang 3. Tidak seperti acuan roti jala konvensional, memasak guna acuan ini adalah lebih bersih kerana bancuhan tepung tidak tumpah dan jalinan (jalanya) lebih cantik.


Siapa yang berminat sila emel kepada ehhnak_rasa@yahoo.com

Projek Agar-Agar

Assalamu Alaikum,

Sepanjang cuti sekolah ini, memang kena fikir aktiviti untuk anak-anak. Maklumlah cuti panjang, kalau tak ada aktiviti, maknanya sepanjang masa akan bermain game dan tengok cerita kartun.  Sekali sekala ajak mereka ke dapur sama, tapi masak yang mudah dan ringkas sahajalah, contohnya agar agar.  

Nak menarik perhatian mereka, kenalah buat agar agar dalam acuan comel yang boleh buat mereka teruja, walaupun agar agar biasa sahaja.  Agar-agar ini kena buat keras sedikit sebab jika terlalu lembut, agak sukar untuk mengeluarkannya daripada acuan dalam keadaan yang 'cantik'.  Nanti pecah pecah.


Anak-anak nampaknya memang teruja dengan projek agar agar ini. Sekejap je dah sold out..Moga moga dengan cara ini mereka lebih menghargai makanan sebab dah tahu susah payah untuk membuatnya dan faham bahawa tugas di dapur bukan esklusif untuk perempuan sahaja.  Sekali sekala kena turun membantu juga..

Nota Kaki: Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan acuan agar-agar seperti di atas, tetapi sukar memperolehnya di kedai kedai berhampiran, In sya Allah saya boleh membantu anda memilikinya. Sila emel kepada ehhnak_rasa@yahoo.com dan sila klik label Kedai MBK untuk melihat produk lain.

Tuesday, 24 December 2013

Projek Pizza Tak Jadi

Assalamu Alaikum,

Minggu ini, whatsapp saya dihujani dengan gambar gambar pizza.  Ipar ipar saya begitu bersemangat membuat pizza sendiri (home made).  Saya pun terpengaruh sama nampaknya.  Jadi, hari ini balik dari pejabat, zuss singgah ke kedai membeli yis dan mozarella.  Ye lah, kena la beli juga sebab kedua duanya adalah antara bahan asas untuk membuat piza.

Sampai rumah sudah hampir jam 7. Jadi perancangannya solat Maghrib dahulu, baru ke dapur untuk aktiviti masak masak.  Selepas solat maghrib, perut mula menyanyi, anak anak pun dok bertanya bila nak dinner.  Sudahnya saya buat keputusan, tidak akan menguli roti.  Pasti mengambil masa yang agak lama, sedangkan semua sudah lapar. Jadinya, buat piza segera dengan menggunakan roti Gardenia sahaja. Yis kita simpan dulu untuk projek piza sebenar bila lapang nanti, hi hi.

Gelek roti, sapu sos, tabur bahan bahan untuk topping. Sudah siap, sebab begitu mudah, maka anak anak yang buat.  Saya hanya bantu masukkan ke dalam oven sahaja.  Senangkan...