Assalamu Alaikum,
Minggu ini, whatsapp saya dihujani dengan gambar gambar pizza. Ipar ipar saya begitu bersemangat membuat pizza sendiri (home made). Saya pun terpengaruh sama nampaknya. Jadi, hari ini balik dari pejabat, zuss singgah ke kedai membeli yis dan mozarella. Ye lah, kena la beli juga sebab kedua duanya adalah antara bahan asas untuk membuat piza.
Sampai rumah sudah hampir jam 7. Jadi perancangannya solat Maghrib dahulu, baru ke dapur untuk aktiviti masak masak. Selepas solat maghrib, perut mula menyanyi, anak anak pun dok bertanya bila nak dinner. Sudahnya saya buat keputusan, tidak akan menguli roti. Pasti mengambil masa yang agak lama, sedangkan semua sudah lapar. Jadinya, buat piza segera dengan menggunakan roti Gardenia sahaja. Yis kita simpan dulu untuk projek piza sebenar bila lapang nanti, hi hi.
Gelek roti, sapu sos, tabur bahan bahan untuk topping. Sudah siap, sebab begitu mudah, maka anak anak yang buat. Saya hanya bantu masukkan ke dalam oven sahaja. Senangkan...
No comments:
Post a Comment