Sepanjang cuti sekolah ini, memang kena fikir aktiviti untuk anak-anak. Maklumlah cuti panjang, kalau tak ada aktiviti, maknanya sepanjang masa akan bermain game dan tengok cerita kartun. Sekali sekala ajak mereka ke dapur sama, tapi masak yang mudah dan ringkas sahajalah, contohnya agar agar.
Nak menarik perhatian mereka, kenalah buat agar agar dalam acuan comel yang boleh buat mereka teruja, walaupun agar agar biasa sahaja. Agar-agar ini kena buat keras sedikit sebab jika terlalu lembut, agak sukar untuk mengeluarkannya daripada acuan dalam keadaan yang 'cantik'. Nanti pecah pecah.
Anak-anak nampaknya memang teruja dengan projek agar agar ini. Sekejap je dah sold out..Moga moga dengan cara ini mereka lebih menghargai makanan sebab dah tahu susah payah untuk membuatnya dan faham bahawa tugas di dapur bukan esklusif untuk perempuan sahaja. Sekali sekala kena turun membantu juga..
Nota Kaki: Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan acuan agar-agar seperti di atas, tetapi sukar memperolehnya di kedai kedai berhampiran, In sya Allah saya boleh membantu anda memilikinya. Sila emel kepada ehhnak_rasa@yahoo.com dan sila klik label Kedai MBK untuk melihat produk lain.
No comments:
Post a Comment