Saturday, 28 December 2013

Aiskrim Comel

Assalamu Alaikum,

Anak anak saya amat gemar makan aiskrim dan saya rasa hampir semua kanak-kanak pun begitu.  Selalunya mereka tidak berkira sangat dari segi jenis aiskrim dan perisa.  Aiskrim ala malaysia, guna jus biasapun mereka tidak kisah, yang penting sejukkk.  Oleh kerana di rumah ada acuan aiskrim, maka mudah kerja saya.  Saya minta mereka tuang jus dalam acuan comel tersebut dan masukkan ke dalam peti ais. Macam hari tu ada jus oren Tropica Twister, maka mereka pun buat guna jus tersebut.

Di rumah saya memang ada tersedia 3 set acuan aiskrim.  Saya membelinya untuk memudahkan kerja saya, selain tertarik dengan rupanya yang comel.  Kalau buat aiskrim dalam acuan aiskrim malaysia yang plastik putih panjang tu,  alamat banyak yang tumpah daripada masuk plastik jika anak-anak yang buat.  Akhirnya saya yang kena buat juga.  Jadi acuan aiskrim ini penyelesaiannya.


Nota Kaki: Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan acuan aiskrim seperti di atas, tetapi sukar memperolehnya di kedai kedai berhampiran, In sya Allah saya boleh membantu anda memilikinya. Sila emel kepada ehhnak_rasa@yahoo.com dan sila klik label Kedai MBK untuk melihat produk lain.


No comments:

Post a Comment